Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARAN, 17 Mei – Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara pegawai RELA seluruh Malaysia di Kem Bina Negara Maran, Pahang. Program dikendalikan Penolong Pengarah, Encik Fahmi Mohamed Yusof itu dihadiri seramai 62 orang bermula pada 15 hingga 17 Mei 2017 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai yang menjadi tulang belakang utama kerajaan.

Menurut beliau lagi, program berkenaan juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara atas prinsip perpaduan yang wujud sejak sekian lama dulu. Nilai keperibadian dan jatidiri peserta diserlahkan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti PKPK, Riadah dan kerohanian. Nilai budaya kerja cemerlang juga dibantu agar anggota perkhidmatan sukarela ini dapat memberikan penyampaian terbaik kepada rakyat dengan lebih berkesan. Dalam mempertahankan negara, mereka perlukan kerjasama semua pihak. Oleh itu, elemen semangat kerja berpasukan juga diterapkan kepada mereka dan dalam masa yang sama jalinan kerjasama antara agensi dapat dilaksanakan.

 

FOTO Oleh: Fahmi Mohamed Yusof

Elemen kerjasama, perancangan dan perpaduan diterapkan dikalangan peserta program pada kursus kali ini.

 

Peserta program bergambar bersama sama penyelaras program di Kem Bina Negara Maran, Pahang.

 

Siapa pun kita, kebersamaan itu tiada akhirnya kerana kita sentiasa memerlukan antara satu sama yang lain. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top