Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

BERA, 23 Ogos –Lebih 200 orang peserta hadir memeriahkan lagi majls Pelancaran Jalur Gemilang Negaraku Sehati Sejiwa melibatkan penjawat awam dan pemimpin masyarakat sekitar Daerah Bera. Program ini dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pahang dan diselaraskan oleh Puan Mastura Johar, Penolong Pengarah BTN Negeri Pahang. Program yang berlangsung di Dewan Cemerlang Majlis Daerah Bera ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Norol Azali Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Guai, Pahang. Turut diadakan penyampaian Jalur Gemilang kepada mereka yang hadir untuk diedarkan dalam kawasan Daerah Bera sebagai menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini. Hadir sama pada program ini adalah Encik Hamizi Yaakub, Pangarah BTN Negeri Pahang.

FOTO Oleh : Mastura Johar

YB. Dato’ Norol Azali Sulaiman (lima dari kanan) bersama-sama barisan vip lain mengibarkan Jalur Gelimang pada majlis berkenaan.

 

Turut hadir pada majlis penyerahan Jalur Gemilang adalah YBhg. Ustaz Hamizi Yaakub, Pengarah BTN Negeri Pahang.

 

Sebahagian daripada pemimpin masyarakat dan penjawat awam yang hadir pada majlis berkenaan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top