Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LIPIS, 24 Ogos – Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Mahasiswa di Kem Bina Negara Lipis, Pahang. Program dikendalikan oleh Encik Mayadi Ismail, Penolong Pengarah BTN Negeri Kelantan itu berlangsung pada 22 hingga 24 Ogos dan dihadiri seramai 54 orang peserta. Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mustapa Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Padang Tunku. Fokus utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai konsep negara dan patriotisme berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan rukunegara. Penerapan nilai-nilai murni dan kepimpinan turut disuntik dalam jiwa mahasiswa supaya mereka bersama-sama dalam mendaulatkan negara ini.

FOTO Oleh : Mayadi Ismail

Perbarisan pagi mampu melahirkan jiwa rakyat yang sihat serta melatih mereka lebih berdisiplin.

 

Pendekatan Latihan Dalam Kumpulan lebih berkesan kerana peserta lebih jelas dan bebas memberikan idea mereka.

 

Peserta program bergambar kenangan bersama-sama dengan YB Dato' Mustapha Long, ADUN Padang Tunku, Pahang.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top