Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA LIPIS, 16 Sept. – Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara kepada guru muda Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Kelantan. Program dibawah kendalian Puan Nor Misuari Mohamed, Penolong Pengarah BTN Negeri Kelantan ini telah berlangsung pada 14 hingga 16 September 2017 di Kem Bina Negara Lipis, Pahang dan disertai seramai 71 orang peserta. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Termizi Hj. Musa, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas ini memberi fokus penting dalam membina jati diri dan semangat kerjasama dikalangan warga pendidik muda khususnya mereka yang baru sahaja memulakan perkhidmatan. Kecemerlangan mereka diukur melalui pemahaman mereka terhadap aspek kenegaraan dan jati diri serta nilai penting profesion pendidikan yang telah mereka pilih. Hasil melalui program ini, jelas menunjukkan bahawa kecemerlangan mereka digambarkan melalui komitmen menyeluruh peserta sepanjang program dilaksanakan.

FOTO Oleh: Nor Misuari Mohamed

Broken Meal, salah satu modul yang berjaya menyatukan mereka dan dalam masa yang sama membina semangat kerja berpasukan.

 

Wajah ceria peserta setelah tamat 3 hari program bersama-sama di Kem Bina Negara Lipis, Pahang. 

 

Peserta program mendengar Wacana Minda daripada penceramah jemputan di Kem Bina Negara Lipis, Pahang. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top