Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARAN, 30 Sept. – Penggerak Masyarakat adalah mereka yang paling dekat dengan rakyat. Maka mereka berperanan besar dalam memberikan penerangan jelas mengenai dasar kerajaan dan isu semasa negara supaya tidak disalah tafsir oleh golongan tertentu. Proses demokrasi dalam negara ini merupakan sistem yang telah dipersetujui untuk digunapakai sejak merdeka sehingga kini. Oleh itu ianya perlu berjalan lancar tanpa campur tangan orang luar. Hal ini disampaikan oleh YB Dato’ Hj. Hasim Rusdi, Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang hadir merasmikan program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Maran, Pahang. Program dikendalikan oleh Puan Nini Noraiza Musa, Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Sembilan pada 28 hingga 30 September dan dihadiri lebih 80 orang penggerak masyarakat.

FOTO Oleh: Nini Noraiza Musa

YB Dato’ Hj. Hasim Rusdi, Exco Kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama peserta, turut hadir sama Pengarah BTN Negeri Sembilan.

 

Sesi brain storming dalam kumpulan besar mampu membantu peserta dalam proses penyelesaian masalah.

 

Sebahagian daripada peserta yang hadir pada hari pertama dalam sesi Pendaftaran Peserta Program. 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top