Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

MERAPOH, 01 Okt. – Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) Wilayah Persekutuan telah mengembangkan sayap mereka dengan menganjurkan siri jelajah alam meliputi aktiviti lasak di Merapoh, Pahang. Program tiga hari dua malam itu berlangusng pada 30 september hingga 1 oktober 2017 melibatkan 28 orang peserta dimana mereka menyelusuri keindahan alam di Gua Katak dan Gua Rimau. Pegawai BTN yang bertanggungjawab membantu dalam penganjuran program ini adalah Encik Mohd Khairil Ibrahim, Penolong Pengarah BTN ternyata berjaya menguji ketahanan mental dan fizikal peserta program.

 

 

FOTO Oleh: Mohd Khairil Ibrahim 

Ekspedisi penerokaa Gua Katak, Merapoh, Pahang oleh peserta program pada kali ini menguji mental dan fizikal mereka.

 

Taklimat perjalan sangat penting bagi memastiakn kelancaran pergerakan dan keselamatan peserta program.

 

Kerjasama antara kumpulan menjadi asas kepada kejayaan program ini yang sangat dititik beratkan. 

 

Kesihatan dan keselamatan peserta amat penting. Sesi regangan sebelum aktiviti sangat perlu bagi menghindarkan sebarang masalah. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top