Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MARAN, 15 Okt. – Dasar negara perlu disambut untuk dilaksanakan secara menyeluruh oleh setiap warga negara Malaysia. Dasar Transformasi Nasional 2050 dan pendekatan konsep 1Malaysia merupakan harapan semasa negara untuk tempoh masa akan datang. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Penjana Modal Insan, Biro Tatanegara (BTN) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur telah melaksanakan program Latihan Transformasi Negara dengan sasaran peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Pensyarah UniKL. Program berlangsung di Kem Bina Negara Maran, Pahang pada 13 hingga 15 Oktober 2017 dengan kehadiran peserta seramai 122 orang dibawah kendalian Encik Sulhairil Hafiz Hj. Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan BTN. Hadir sama menyampaikan perkongsian bertajuk ‘Malaysia Negara Berprinsip’ telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hamizi Yaakub, Pengarah BTN Negeri Pahang. Dalam program ini, turut diterapkan nilai kerja berpasukan serta semangat setia kawan berasaskan perlembagaan persekutuan menjadi elemen penting mencorak negara ini pada masa akan datang.

FOTO Oleh: Sulhairil Hafiz Sulaiman

Peserta bergambar bersama-sama setelah selesai menjalani program di Kem Bina Negara Maran, Pahang.

 

Barisan urus setia yang menjayakan pelaksanaan program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Maran, Pahang.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top