Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

AYER KEROH, 28 Okt. – Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Negeri Pahang dan Yayasan Pahang berjaya menghimpunkan seramai lebih 430 orang Mahasiswa Anak Pahang dari 6 Institusi Pendidikan Tinggi Awam Seluruh Malaysia. Antara universiti yang terlibat adalah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia  (UPM). Program ini lelah dirasmikan oleh YAB Dato’ DiRaja Hj. Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di D’Village, Ayer Keroh Melaka yang mana turut dihadiri beberapa exco kerajaan negeri serta barisan kepimpinan tertinggi mahasiswa negeri pahang dari setia IPTA yang dijemput. Menurut Encik Mohd Khairul Azhar Awam yang merupakan pengerusi bersama program merangkap Penolong Pengarah BTN Negeri Pahang, program ini ternyata berjaya menghimpunkan idea pemikiran golongan pemimpin mahasiswa serta berkongsi idea dan pengalaman mereka dalam pertemuan ini. Penjelasan isu semasa secara terus dan dua hala ternyata berjaya memberikan maklumat tepat kepada mereka.

FOTO Oleh: Mohd Khairul Azhar Awam

 

Menteri Besar Negeri Pahang bersua foto bersama-sama Mahasiswa Anak Pahang di Ayer Keroh Melaka, baru-baru ini. 

 

Menteri Besar Negeri Pahang bersua foto bersama-sama Mahasiswa Anak Pahang di Ayer Keroh Melaka, baru-baru ini. 

 

Sesi diskusi peserta program bersama-sama Menteri Besar Negeri Pahang dan barisan Exco Kerajaan Negeri. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Mei 2018

 

Go to top