Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

JANDA BAIK, 21 Jan. –  Seramai 106 orang Kakitangan sksekutif dan pengurusan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) berjaya mengikuti Program Transformasi Negara (Team Building) di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Pahang. Program tersebut berlangsung pada 19 hingga 21 Januari 2018 itu telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Sharifah Hanifah Syed Abd. Aziz, Pengurus Besar Korporat LPPSA yang turut sama menjadi peserta pada program berkenaan.

Menurut penyelaras program, Tengku Bahyah Tengku Ab. Jalil, program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran peserta bahawa jatuh bangun negara ini bergantung kepada semua pihak. Bermula dari sebuah agensi yang kecil, ianya mampu mencorak dan mengubah masa depan negara yang lebih baik. Maka peranan mereka dari segenap peringkat umur dan jawatan amat memainkan peranan penting kepada negara.

Mereka turut menjalani sesi team building berbentuk kenegaraan bersama barisan fasilitator yang dijemput khas terdiri daripada pegawai kana dan tenaga penggerak BTN. Dua sesi wacana minda bertajuk ‘Isu Semasa Negara’ dan ‘Ancaman Keselamatan’ turut berlangsung pada program berkenaan.

FOTO oleh: Murad Mohamed Safie

Berita oleh : Tengku Bahyah Tengku Ab. Jalil

YBhg. Puan Sharifah Hanifah Syed Abd. Aziz, Pengurus Besar Korporat LPPSA yang turut sama menjadi peserta pada program berkenaan.

 

Peserta program dalam sesi riadah dan pengukuhan kumpulan bersama-sama barisan fasilitator dan jurulatih BTN.

 

Turut hadir pada program berkenaan adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN (dua dari kiri) dan Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat (kanan).

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top