Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

HILIR PERAK, 20 Feb. – Campurtangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan dan dalam negara ini sepatutnya tidak berlaku. Jika siutasi ini terus berlaku, ia mampu mengubah situasi aman negara kepada situasi bergolak negara. Hari ini Syria berubah dari sebuan negara aman kepada sebuah negara perang.

Untuk menjelaskan hal ini, Seminar Cinta Negara Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak telah dianjurkan oleh Biro Tatanegara Negeri Perak, Jabatan Perdana Menteri dibawah kendalian Tuan Aznan Shamsuddin, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Perak.

Program kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak ini telah menerima penyertaan seramai lebih 200 orang terdiri daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar serta Guru Pendidikan Agama Islam dalam negeri Perak. Hadir merasmikan program berkenaan adalah YBhg. Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, BTN Putrajaya.

Hadir menyampaikan perkonsian bertajuk ‘Ancaman Keselamatan Negara” adalah YBrs. Tuan Hj. A. Karim Omar dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). Pelbagai isu dijelaskan berkaitan isu semasa negara dan peranan pendidik dalam menangai isu semasa negara.

BERITA / FOTO Oleh: Aznan Shamsuddin

 

Perkonsian bertajuk ‘Ancaman Keselamatan Negara” adalah YBrs. Tuan Hj. A. Karim Omar dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top