Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BAGAN DATUK, 20 Feb. - Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Pada Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk diwujudkan. Daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai tahun yang sama.

Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017.

Bagi memastikan nilai sayang kepada daerah bahru ini, maka Majlis Daerah Bagan Datuk dengan kerjasama Biro Tatanegara Negeri Perak, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Seminar Cinta Negara. 

Program yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Dato’ Muhammad Jamrah, Bagan Datuk ini telah dirasmikan oleh YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, Perak. Lebih 500 orang peserta telah hadir memenuhuhi program ini bagi mendengar taklimat berkaitan “Ancaman Keselamatan Negara” yang disampaikan oleh Tuan Hj. A. Karim Omar.

BERITA / FOTO Oleh: Hazulia Arni Abdul Hadi

 

Program telah dirasmikan oleh YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, Perak.

 

Hadir sama pada program berkenaan Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat BTN dan Pengarah BTN Negeri Perak.

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top