Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA KANGSAR, 17 Mac –Satu perlawanan persahabatan telah diadakan pada 17 Mac yang lalu antara BTN United mewakili Biro Tatanegara dengan Kementerian Kesihatan Negeri Perak. Perlawanan 11 sebelah ini telah berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan dihadiri lebih kurang 60 penyokong dari kedua-dua pasukan. Program bermula pada jam 5 petang ini bertujuan untuk meningkatkan teknik kemahiran dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan antara dua agensi kerajaan ini. Hadir sama ketika perlawanan tersebut adalah pegawai dan kakitangan daripada kedua-dua agensi. Pada perlawanan ini, BTN United telah memenanginya dengan keputusan 1 gol berbalas 0. 

 

Gambar oleh: Muhammad Shaiful Bakhtiar Shariff

Pasukan bolasepak BTN United bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan persahabatan bersama pasukan KKM.

 

Kedua dua pasukan bergambar kenangan selesai sahaja perlawanan. BTN United memenangi perlawanan ini dengan keputusan 1-0.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top