Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MANJUNG, 24 Mac– Lebih kurang seramai 200 orang telah hadir mengikuti Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perak. Program tersebut berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi di Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Menurut penyelaras program Encik Muhamad Saiful Bakri Yusoof, program ini bertujuan untuk merangka pemikiran kakitangan awam yang boleh bersaing diperingkat dunia serta pelan perancangan berasaskan Transformasi Nasional 2050 dalam konteks Perbandaran Mega yang menjadi fokus utama kepada warga MPM menjelang tahun 2050.

Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Tuan Mohd Shamlan Zabaai, Pengarah BTN Negeri Perak menyampaikan perkongsian beliau kepada peserta seminar dan berdiskusi bersama mereka. Menurut Encik Saiful lagi, antara yang diperbincangkan dalam program ini adalah penekanan aspek intergriti sebagai penjawat awam yang perlu diterapkan dalam diri setiap kakitangan. Cabaran sebagai penjawat awam khususnya bahagian penguatkuasaan yang berhadapan dengan mentaliti segelintir masyarakat yang masih belum memahami asas peraturan itu wujud. Perancangan, perlaksanaan dan penerimaan dasar negara perlu mendapat kerjasama semua pihak khususnya untuk menjadikan Malaysia sebagai Great Nation 2050. Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha MPM mewakili YDP Majlis Perbandaran Manjung.

 

Gambar oleh : Muhamad Saiful Bakri Yusoof

Pengarah BTN Negeri Perak menyampaikan perkongsian beliau kepada para peserta seminar dalam membawa Hala Tuju TN50.

 

Peserta yang hadir lebih 200 orang memberikan komitmen dan amat berminat dalam menyumbang idea melalui TN50.

 

Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha MPM menyampaikan cenderamata kepada YBhg Pengarah Biro Tatanegara Negeri Perak.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top