Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

BOTA KIRI, 01 April- Belia berbangsa melayu perlu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang ilmu kenegaraan agar jati diri anak bangsa tidak luput ditelan zaman. Hal ini dijelaskan oleh Penolong Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perak yang juga penyelaras bagi Program Seminar Malam Melayu Sejati di Pulau Misa, Bota Kiri, Perak. Seramai lebih 250 orang peserta telah hadir dalam program berkenaan yang bertujuan untuk menghayati sejarah asal usul bangsa Melayu di kepulauan nusantara. Menurut beliau lagi, program berkenaan juga bertujuan untuk memberi penerangan mengenai ilmu kenegaraan dan isu semasa serta memberi kesedaran tentang kepentingan penyatuan bangsa Melayu dalam usaha menjadi juara pendidikan, ekonomi dan politik di Malaysia.

Dalam ucapanya, beliau telah menyentuh perkara yang melindungi bangsa peribumi dalam perlembagaan persekutuan meliputi beberapa peruntukan dan perkara. Selain itu juga, penghayatan mengenai sejarah jatuh bangun bangsa di tanah melayu bermula dari kewujudan alam melayu, kehadiran islam di alam melayu sehingga hadirnya penjajahan barat di rantau nusantara ini. Perjuangan membebaskan diri dari penjajahan sentiasa menebal sehingga kita memperoleh kemerdekaan. Diakhir ceramahnya, beliau mengharapakan agar nikmat yang kita ada pada hari ini dipelihara dan dipertahankan agar kita tidak mengulang sejarah yang lampau. Hadir sama memberikan persembahan pada program berkenaan adalah kumpulan Dendang Anak Perak.

 

FOTO oleh : Muhamad Saifulbakri Yusoof

Penyelaras Program, Encik Muhamad Saifulbakri Yusoof menyampaikan ceramah beliau yang berkisar mengenai Alam Melayu.

 

Sebahagian daripada peserta yang hadir memenuhi segenap ruang yang ada bagi memahami dan menghayati Dunia Alam Melayu.

 

Antara diff kehormat yang hadir dalam program berkenaan turut mengenakan busana Melayu lengkap bertengkolok dan keris. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top