Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

IPOH, 18 Mei –Seramai 245 orang pegawai dan kakitangan pelbagai skim di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah hadir ke program Seminar Cinta Negara anjuran Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN). Program dikendalikan oleh Encik Sulhairil Hafiz Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan bahagian berkenaan ini berlangsung di Auditorium Hospital Tuanku Bainun Ipoh, Perak. Hadir sama berkongsi pengalaman dan dapatan adalah YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN. Menurut beliau, suku tahun pertama ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi terbaik apabila merekodkan 4.0% dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Turut hadir Pengarah BTN Negeri Perak, dan barisan pegawainya.

 

FOTO Oleh: Sulhairil Hafiz Sulaiman

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN menyampaikan perkongsian beliau bersama sama peserta program.

 

sebahagian daripada peserta yang hadir pada hari berkenaan.

 

Hadir sama pada program berkenaan Pengarah BTN Negeri Perak, Encik Mohd Shamlan bin Zabaai dan barisan pegawainya. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top