Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA KANGSAR, 18 Mei –Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) meneruskan kerjasama dengan Biro Tatanegara (BTN) Negeri Kelantan dalam menganjurkan program Latihan Transformasi Negara bagi kakitangannya pelbagai gred. Program berlangsung pada 16 hingga 18 Mei yang lalu di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak dengan kehadiran penyertaan peserta seramai 50 orang. Program dikendalikan Encik Mohd Fauzi Shafii, Penolong Pengarah Kanan BTN Kelantan. Program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Othman Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR.

 

FOTO Oleh: Mohd Fauzi bin Shafii

Selesai sesi PKPK bersama fasilitator dalam program KESEDAR di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.

 

Sesi kembara peserta program di Sungai Ulu Kenas, KBN Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.

 

Barisan fasilitator bersama Tim. Pengurus Besar KESEDAR, Tn Hj Othman Ismail di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top