Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA KANGSAR, 30 Julai –Biro Tatanegara Negeri Perlis dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Arau telah melaksanakan program Latihan Transformasi Negara Mahasiswa UiTM di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Program diselaraskan oleh Encik Mohamad Shaifulazizi Mohammud, Penolong Pengarah BTN Negeri Perlis itu telah dihadiri seramai 48 orang mahasiswa university berkenaan. Hadir merasmikan program yang berlangsung dari 28 hingga 30 Julai ini adalah YBrs. Tuan Zailuddin Ariffin, Rektor UiTM Cawangan Arau. Pengukuhan pasukan ini diusahakan untuk membina keyakinan dalam diri mahasiswa dalam melakukan transformasi diri dimana mereka merupakan bakal pewaris negara pada masa akan datang. Nilai-nilai murni dalam diri mahasiswa diterapkan melalui pelbagai pengisian aktiviti dalam program berkenaan.

FOTO Oleh : Mohamad Shaifulazizi Mohammud

YBrs. Tuan Zailuddin Ariffin, Rektor UiTM Cawangan Arau bergambar bersama sama urus setia dan peserta program.

 

Fasilitator dijemput bagi mengendalikan sesi ice breaking dan aktiviti lain sepanjang program berlangsung.

 

Semangat kerja berpasukan diterapkan dikalangan peserta program melalui aktiviti berkumpulan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top