Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BAGAI SERAI, 31 Julai –Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perak telah menganjurkan program Motivasi Jaya Waris dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai dan telah melibatkan peserta program seramai 400 terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan guru. Program yang dikendalikan oleh Encik Mohd Termizi Mat Bunor, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Perak itu telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Sham Mat Sahat, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Alor Pongsu. Turut hadir pada program berkenaan adalah YBrs. Encik Mohammad Noor Dawoo, Penaung Kumpulan Sekolah Menengah Zon G5 Daerah Kerian dan Tuan Hj. Mustafa Abidin, Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Kerian (Bahagian Sekolah Menengah).

Sasaran program pada kali ini adalah kepada calon-calon pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Mereka telah dimantapkan dari segi motivasi pelajar mengenai hala tuju pada masa akan datang serta peranan ibu bapa dan guru dalam memastikan prestasi mereka terus meningkat melalui suntikan semangat. Bakal pewaris negara ini diberikan suntikan semangat yang berbeza kerana mereka merupakan pewaris generasi yang akan mencorak negara ini melalui Transformasi Nasional 2050.

 

FOTO Oleh : Termizi Mat Bunor

Tetamu VVIP disambut dengan persembahan tarian singa oleh pelajar sekolah berkenaan.

 

Persembahan pelbagai budaya Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dipersembahkan kepada tetamu yang hadir oleh pelajar sekolah.

 

Peserta yang hadir memenuhi dewan sekolah pada majlis tersebut terdiri daripada ibu bapa, guru dan pelajar sekolah.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top