Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULIM, 16 Ogos –Seramai 65 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah hadir ke program Latihan Transformasi Negara Mahasiswa di Kem Bina Negara Kulim, Kedah. Dengan slogan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu “Soaring Upwards” menjadikan mahasiswa ini digilap tahap kepimpinan mereka supaya mampu bersaing dengan orang lain dipasaran pekerjaan. Program ini diselaraskan oleh Encik Muhammad Faizal Iylia Mohd Ghazali, Penolong Pengarah BTN Negeri Perak dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Mohd Irwan Shahril, Pengarah Pusat Alumni UPSI. Hadir sama pada program berkenaan adalah YBrs.Dr. Samsudin Suhaili, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof. Madya Dr. Syed Ismail Syed Mohamad, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, UPSI. Penyelaras Program sendiri telah menyampaikan perkongsian beliau berkaitan kenegaraan bertajuk “Negara Bernama Malaysia”.

FOTO Oleh : Muhammad Faizal Iylia Mohd Ghazali

Peserta program bergambar bersama-sama barisan urus setia dan tetamu vip yang hadir pada program berkenaan.

 

Sesi dialog wacana minda dan isu semasa bersama penyelaras program dan peserta program di Dewan Putra 1Malaysia.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top