Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SERI ISKANDAR, 24 Ogos –Lebih 200 orang pelajar dan pensyarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar hadir ke program Seminar Cinta Negara yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara Negeri Perak. Dalam mengimbau sejarah negara sebelum, semasa dan selepas merdeka, perkongsian mengenai cabaran negara ini diterangkan secara mendalam melalui ceramah, kuiz kenegaraan dan pelbagai acara lain untuk meningkatkan semangat patriotik mereka. Sebagai pewaris negara pada masa akan datang, peranan golongan belia amat penting dalam merencana negara ini kearah matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50). Hadir merasmikan program ini adalah YBhg. Puan Zuliana Haslinda Anhar Zubir, Pengarah KPMSI.

FOTO Oleh: Mohd Ashraf Mohd Saini

Penyelaras Program, Encik Mohd Ashraf Mohd Saini (kiri) yang juga merupakan pegawai BTN menyampaikan cenderamata kepada Pengarah KPMSI.

 

Perkongsian maklumat imbauan sejarah merdeka daripada Tenaga Penggerak BTN Negeri Perak kepada peserta program.

 

Turut diedarkan sama Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2017.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top