Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SUNGAI SIPUT, 26 Ogos – Belia India Ladang Sungai Krudda dan masyarakat setempat Daerah Sungai Siput, Perak tidak terkecuali menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2017 yang ke-60. Melalui program Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perak, program disemarakkan lagi dengan pelbagai pengisian yang berlangsung di Dewan Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput. Lebih 200 orang tetamu hadir dalam program yang telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Mohd Zolkafly Hj. Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang. Hadir sama adalah YBhg. Encik Elangovan Muthu, Ketua MIC Bahagian Sungai Siput dan YBrs. Tuan DSP Parameswaran, Timbalan Ketua Polis, Ibu Pejabat Daerah Sungai Siput serta Encik Mohd Ashraf Mohd Saini, Penolong Pengarah BTN Negeri Perak.

Menurut penyelaras program, pelbagai pengisian dan penglibatan pelbagai agensi dalam program ini antaranya adalah Jabatan kesihatan Negeri Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Perpaduan dan Intergriti Nasional serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Turut berlangsung adalah upacara menanam Bunga Raya (Bunga Kebangsaan) dan memotong kek sempena sambutan 60 tahun Malaysia merdeka. Dalam majlis ini juga, turut diumumkan Anugerah Tokoh Kemerdekaan bagi mengiktiraf sumbangan masyarakat setempat dalam memperolehi kemerdekaan negara ini. Bagi memeriahkan lagi program, kanak-kanak tidak ketinggalan menyertai pertandingan mewarna peringkat kanak-kanak.

Program seperti ini berjaya menyatukan semangat perpaduan pelbagai kaum rakyat di Malaysia. Perkongsian mengenai cabaran negara terutama golongan belia india dalam misi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara Malaysia. Dalam memberi kefahaman mengenai toleransi kaum di Malaysia, semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan mereka dalam mewujudkan suasana harmoni melalui semangat “Sehati Sejiwa”.

FOTO Oleh: Mohd Ashraf Mohd Saini

Tetamu VIP menanam Bunga Kebangsaan iaitu Bunga Raya sebagai simbolik perasmian program Belia Sg. Siput.

 

Upacara menaikkan Bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Perak sebelum program bermula.

 

Sebahagian daripada peserta program yang hadir pada sebelah siang dengan pelbagai pengisian program.

 

Barisan tetamu yang hadir pada majli sebelah malam, turut diadakan Anugerah Tokoh Kemerdekaan masyarakat India Sg. Siput. 

 

Tokoh Kemerdekaan diraikan pada majlis sebelah malam bagi menghargai sumbangan mereka mengecapi kemerdekaan negara. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top