Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PARIT BUNTAR, 16 Sept. – Pelajar, guru-guru, ibu bapa, alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Belia NGO serta agensi-agensi kerajaan terutamanya Biro Tataneagra (BTN) Negeri Perak bergabung dibawah satu program menganjurkan Kayuhan Amal Hari Malaysia 2017 di SMK Panglima Bukit Gantang, Perak. Program disertai lebih 400 orang pengunjung menyertai pelbagai pengisian aktiviti lain. Program diselaraskan oleh Encik Mohd Termizi Mat Bunor, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Perak yang turut membuat pelepasan peserta kayuhan. Manakala perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Mohd Shamlan bin Zabaai, Pengarah BTN Negeri Perak. Hadir sama pada program berkenaan adalah pengetua SMK Panglima Bukit Gantang, Tuan Hj. Mohd Sa’ad Hashim.

Menurut penyelaras program, dalam memastikan negara ini terus terbela kedaulatannya, penerapan nilai cinta pada negara dan sejarahnya perlu diterapkan dari alam persekolahan lagi. Dalam masa yang sama, peranan antara pelajar, pendidik, ibu bapa serta masyarakat amat perlu kerana hubungan mereka ini mampu memberikan semangat kepada golongan belia pada hari ini memahami erti kemerdekaan yang dikecapi sejak 60 tahun yang lalu. Semangat kekitaan disuntik dalam diri mereka yang hadir supaya mereka terus menyumbang bakti kepada pembinaan sasiah dan jati diri dimana asal mereka.

Antara program lain yang diisi sepanjang program ini adalah gotong royong membersihkan tanah perkuburan, surau dan masjid Kg. Parit Tok Ngah. Program motivasi kecemerlangan UPSR turut diberikan kepada murid-murid sekitar kawasan ini serta majlis kenduri rakyat. Lapan buah sekolah kebangsaan terpilih turut menerima sumbangan buku-buku latihan bagi persediaan anak-anak murid menghadapi peperiksaan yang disumbangkan oleh Alumni SMK Panglima Bukit Gantang. Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam program ini adalah Jabatan Penerangan Daerah Kerian, Pejabat Daerah Kerian, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, Kelab Polis Sukarelawan Komuniti Kerian, Angkatan Relawan Malaysia (RELA) serta UMNO Bahagian Parit Buntar, Perak.

FOTO Oleh: Mohd Termizi Mat Bunor

Sebahagian daripada urus setia program bersuafoto sebelum sesi pelepasan peserta kayuhan oleh Encik Mohd Termizi (dua dari kanan).

 

Peserta kayuhan melalui panorama indah sawah bendang bersama semangat jati diri dan sukarelawan mereka.

 

Pengarah BTN Negeri Perak (kiri) bersama Pengetua dan barisan vip yang lain semasa majlis Perasmian penutup program.

 

Pengarah BTN Negeri Perak menyampaikan cenderamata kepada pihak urus setia program yang berjaya membantu menyumbang bakti. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top