Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

TANJUNG TUALANG, 26 Sept. – Seramai 80 orang ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Ibu Pejabat Kontinjen dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak serta Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perak telah menganjurkan program Seminar Cinta Negara di Perak Agrotourism Resort, Tanjung Tualang, Perak. Dalam program berkenaan, tiga sesi perkongsian ilmu telah diadakan melibatkan Bahagian Wasiat, Hibah dan Pusaka, Politik dan Isu Semasa, serta Hak Wanita dalam Undang-Undang Keluarga Islam. Hadir sama pada program berkenaan adalah ialah SAC Mazlan Bin Hj. Santarai, Ketua Cawangan Khas PERAK,     Dato’ Ahmad Rizal bin Abdul Rahman, Pengarah Pembangunan Pertanian Negeri PERAK, ACP Hairuddin bin Che Hamid, Timbalan 1 KCK Perak, serta   Datin Zuraini binti Mohd Kamal, Pengerusi PERKEP Kontinjen PERAK. Majlis ditamatkan dengan sesi melawat gerai julanan Forest Secret/ Foodtruck dan lain-lain gerai jualan.

FOTO Oleh: Mohd Ashraf Mohd Saini

Pengarah Bahagian Pemimpin Masyarakat, Biro Tatanegara Putrajaya menerima cenderahati daripada pihak penganjur. 

 

Perkongsian maklumat seperti ini mampu memantapkan ilmu peserta terutama berkaitan isu semasa dan negara.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top