Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA KANGSAR, 01 Okt. – Walaupun daripada bidang tugas yang berbeza, namun Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) berjaya menghimpunkan seramai 119 pelatih pembantu perubatan dan farmasi didalam satu program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Program dibawah kendalian Cik Hazulia Arni Abdul Hadi ini berlangsung pada 29 september hingga 1 oktober 2017 dengan kerjasama Kolej Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengisian jelas memfokuskan kepada penciptaan daya kreatif peserta dalam membawa masa depan negara yang lebih cemerlang melalui perubahan sikap dan nilai intergriti berasaskan Transformasi Nasional 2050 (TN50) serta Perlembagaan Persekutuan.

FOTO Oleh: Hazulia Arni Abdul Hadi

Pemahaman peserta berkaitan perlembagaan persekutuan dalam sesi PKPK bersama-sama fasilitator.

 

Kerjasama antara ahli kumpulan amat penting walaupun daripada bidang kepakaran yang berbeza.

 

Peserta program menyanyikan lagu patriotik dalam melahirkan rasa cinta mereka kepada negara ini dalam program berkenaan.

 

Sesi Riadah petang bersama barisan jurulatih peserta program di Padang Kawad Kem Bina negara Ulu Kenas, Perak.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top