Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KAKI BUKIT. 5 Mac –  Bahagian Birokrat Korporat Ibu Pejabat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bekerjasama menganjurkan Program Latihan Transformasi bersama pegawai-pegawai KPDNKK. Program yang diadakan bermula pada 5 dan berakhir pada 10 Mac itu, telah diadakan di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Program ini telah diselaraskan oleh Cik Hazulia Arni binti Abdul Hadi berjaya mengeratkan lagi hubungan antara BTN dan KPDNKK selain telah mencapai objektifnya iaitu memupuk nilai-nilai murni, menyemai semangat cintakan Negara dan juga memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pegawai KPDNKK.  Para peserta telah didedahkan dengan ceramah yang bertajuk ‘Negara Sejahtera & Bahagia’ dan berjaya melahirkan semangat cintakan Negara dan sayangkan tanah air Malaysia dengan isu-isu yang dikupas dengan sangat jelas oleh penceramah. Turut hadir menjayakan program kali ini adalah Pengarah Bahagian Birokrat Korporat Ibu Pejabat iaitu Y.Bhg Dr. Haji Hanafi bin Harun.

Gambar Oleh : Hazulia Arni Abdul Hadi

Para peserta merakamkan gambar kenangan sebelum program berakhir

 

Peserta sedang melakukan riadah bersama jurulatih program

Fasilitator program sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam slot yang dikendalikan

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top