Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KAKI BUKIT, 19 Mac– Telah berlangsung Program Latihan Transformasi Negara Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 17 hingga 19 Mac di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Program tersebut dilaksanakan oleh Biro Tatanegara Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP. Program tersebut telah disertai seramai 45 orang mahasiswa universiti berkenaan. Walaupun dari negeri kecil dan universiti baru, namun semangat mereka tidak dapat disangkal dalam memberikan komitmen pembangunan Negara terutama melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menurut Penyelaras Program Encik Mohamad Shaifulazizi Bin Mohammud, mahasiswa berkenaan telah dibantu dalam meningkatkan lagi semangat dan nilai patriotisme serta membina semangat kerja berpasukan. Mereka juga telah diberikan penjelasan menegenai isu semasa dalam sesi Wacana Minda dan PKPK. Hadir merasmikan program berkenaan Timbalan Naib Canselor HEPA iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad Sakdan.

 

Gambar oleh : Mohamad Shaifulazizi Mohammud

Dalam melahirkan generasi yang matang, mereka diuji dengan pelbagai ujian dan yang penting semangat kerja berpasukan.

 

Peserta program berkongsi pengalaman dan ilmu patriotik bersama sama dengan fasilitator dari kalangan Tenaga Penggerak BTN Perlis.

 

Peserta dalam aktiviti didalam Dewan Putra 1Malaysia, Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top