Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

ARAU, 20 April– Lawatan kerja selama tiga hari Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad bermula dengan menghadiri satu Seminar Cinta Negara anjuran BTN Negeri Perlis di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Beliau turut berkongsi dapatan serta pengalaman beliau kepada lebih 200 orang kakitangan UniMAP yang hadir ketika program tersebut. Program dikendalikan oleh Puan Norfazlindan Ahmad, Penolong Pengarah BTN Negeri Perlis.

Menurut beliau, sebelum itu telah disampaikan sama Wacana Minda pertama disampaikan oleh YBhg. Mejar (K) Dr. Mohd Mizan Mohamad Aslam, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis. Program ini adalah bertujuan untuk menyemaikan semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam serta penerangan isu semasa negara.

 

FOTO oleh: Mohamad Shaifulazizi Mohammud

Sebahagian daripada peserta program terdiri daripada kakitangan UniMAP mendengar dapatan dan perkongsian dalam sesi Wacana Minda.

 

Wacana Minda pertama disampaikan oleh YBhg. Mejar (K) Dr. Mohd Mizan Mohamad Aslam, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis.

 

Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad menyampaikan dapatan dan perkongsian beliau kepada peserta program.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top