Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA PERLIS, 20 April– Siri lawatan YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) diteruskan dengan pertemuan santai bersama sama Tenaga Penggerak BTN Negeri Perlis yang juga Sahabat Kelab Warisan Malaysia (KERIS) Negeri Perlis. Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Datuk telah menyampaikan amanat beliau serta memberikan penerangan mengenai hala tuju BTN bagi tahun 2017 selari dengan hasrat Perdana Menteri. Pendekatan National Blue Ocean Strategic (NBOS) telah dilaksanakan oleh BTN bagi memperbanyakkan lagi program serta aktiviti dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan. Hadir sama pada program berkenaan adalah Tuan Jasmi Jasa, Pemangku Pengarah BTN Negeri Perlis, Tuan Jazli Fadzil, Pengarah BTN Negeri Kedah serta barisan pegawai dan kakitangan BTN Perlis.

 

FOTO oleh: Mohamad Shaifulazizi Mohammud

YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN menyampaikan amanat beliau kepada Tenaga Penggerak BTN Negeri Perlis.

 

Dalam suasana santai tetapi bermaklumat, sebahagian daripada Tenaga Penggerak BTN Perlis yang hadir pada program berkenaan. 

 

Turut diserikan dengan persembahan daripada Band daripada Unit Kebudayaan dan Rekreasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top