Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KANGAR, 21 April– Hari kedua lawatan YBhg. Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) dimulakan dengan sembang santai bersama YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Negeri Perlis dalam suasana santai tanpa protokol. Program berlangsung dalam sesi sarapan pagi di Medan Selera Pasar Sena, Perlis yang turut dihadiri oleh Encik Jasmi Jasa, Pemangku Pengarah BTN Negeri Perlis. Hadir sama barisan pegawai dari Pejabat Menteri Besar Perlis serta barisan pegawai dari BTN Negeri Perlis. Dalam sesi berkenaan, perbincangan dua hala antara BTN dengan Kerajaan Negeri dieratkan dalam pelaksanaan gerak kerja yang boleh dikongsi bersama. Pihak BTN merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar Perlis yang dapat meluangkan masa bersama sama dalam pertemuan berkenaan.

 

FOTO oleh: Mohamad Shaifulazizi Mohammud

Perbincangan santai tetapi penuh dengan input berguna dalam sesi sarapan pagi bersama sama dengan Menteri Besar Negeri Perlis di Kangar.

 

Hadir sama Pemangku Pengarah BTN Negeri Perlis Encik Jasmi Jasa serta pegawai dari Pejabat Menteri Besar Negeri Perlis. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top