Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KAKI BUKIT, 23 April– Setiap tahun kita akan menyambut Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei. Sebagai langkah awal bagi melakukan transformasi Penjawat Awam, Biro Tatanegara (BTN) telah melaksanakan program Latihan Transformasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Utara. Peserta yang hadir seramai 120 orang itu terdiri daripada Pelatih Jururawat dan Pembantu Perubatan dibawah kendalian Cik Hazulia Arni Abdul Hadi, Penolong Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat.

Menurut beliau, program yang berlangsung pada 21 hingga 23 April 2017 ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dikalangan peserta program serta menyuntik semangat kenegaraan melalui aktiviti berkumpulan. Sepanjang program, peserta telah melalui sesi Wacana Minda, PKPK, riadah serta tazkirah subuh dan maghrib.

 

FOTO Oleh: Hazulia Arni Abdul Hadi

Penyelaras program mengendalikan sesi Ice Breaking dengan peserta program di dalam Dewan Putra 1Malaysia, KBN Kaki Bukit, Perlis.

 

Penyelaras program bergambar kenangan bersama sama peserta program di Padang Kawad Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis.

 

Peserta melalui pengalaman manis sebelum tiba ke Kem Bina Negara Kaki Bukit dengan menikmati keindahan alam Gua Kelam, Perlis.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top