Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KAKI BUKIT, 08 Mei– Bahagian Birokrat dan Korporat, Biro Tatanegara (BTN) telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Siri 3/2017 kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Program berlangsung selama 4 hari bermula pada 5 mei sehingga 8 mei 2017 ini dihadiri seramai 65 orang peserta. Program dirasmikan oleh Puan Roshanizam Che Pee, Pengarah Akademi Latihan KTMB.

 

Objektif:

1)  Meningkatkan profesionalisme dan jati diri kakitangan KTMB

2) memberi kefahaman tentang aspek patriotisme yang menjadi asas kemakmuran negara

3) Menerapkan bahawasanya sebarang perubahan adalah bermula dengan mentaliti yang cemerlang

 

Pengisian:

1) wacana minda bertajuk Negara Bernama Malaysia yang disampaikan oleh Mohd Hisyamuddin B Hj Basabah, Pen. Pengarah Bhg Birokrat dan Korporat.

2) Wacana Minda bertajuk Hala Tuju Negara : 1 Malaysia yang disampaikan oleh Ybrs Dr Hj. Hanafi Bin Hj. Harun, Pengarah Bhg Birokrat dan Korporat.

3. Slot PKPK yang menjurus ke arah objektif program.

 

FOTO Oleh : Mohd Hisyamuddin Basabah

Salah satu pengisian dalam program kali ini bersama sama kakitangan KTMB Berhad di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis.

 

Hadir sama pada program berkenaan YBrs Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, BTN.

 

Sesi tazkirah yang disampaikan sendiri oleh YBrs Dr. Hj. Hanafi Harun, Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top