Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KUALA KANGSAR, 09 Mei– Seramai lebih 50 orang anggota Majlis Perbandaran Kangar, Perlis telah berkampung selama 3 hari di Kem Bina Negara Ulu Kenas bagi menhadiri program Latihan Transformasi Negara Birokrat anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perlis. Program diselaraskan oleh Encik Jasmi Jasa itu telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Khairin Nazry Karim, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kangar. Hadir sama pada program ini adalah YBrs. Datuk Haji Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN yang turut sama berkongsi dapatan beliau dengan peserta program tersebut.

Menurut penyelaras program, antara isu diperbincangakan sepanjang program adalah melibatkan pemantapan intergriti penjawat awam dalam melakukan tugas seharian serta pembinaan pasukan kerja yang cemerlang. Mereka juga telah diberikan penjelasan mengenai perlembagaan persekutuan serta konsep bernegara. Sesi PKPK mengenai pemantapan organisasi telah disampaikan oleh encik Haslizar Rozally, pegawai BTN. Manakala sesi intergriti penjawat awam telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Huzili Husin, Tenaga penggerak BTN Negeri Perlis. Ustaz Ahmad Mokhlis Ibrahim, Tenaga Penggerak BTN Negeri Perak turut hadir mengendalikan sesi tazkirah bersama sama peserta program.

 

FOTO Oleh : Jasmi Jasa

Modul "Ikhtiar Hidup" berupaya mengeratkan lagi hubungan serta nilai kekeluargaan dalam sepasukan kerja antara kakitangan MPK.

 

Ketua Pengarah BTN (duduk, tengah) bergambar bersama sama peserta program setelah selesai sahaja perkongsian beliau di KBN Ulu Kenas.

 

 Prof. Madya Dr. Hj. Huzili Husin, Tenaga penggerak BTN Negeri Perlis mengendalikan sesi bersama sama peserta program.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top