Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PERMATANG PAUH, 19 Feb. – Peranan wanita tidak boleh ditandingi kerana mereka sebenarnya asas penuh kasih sayang buat anak yang dididiknya. Sumbangan mereka tidak boleh dinafikan lagi kerana pada hari ini, peranan wanita sangan luas terserlah dengan kekuatan masing-masing.

Bagi memantapkan peranan mereka dalam masyarakat, Biro Tatanegara Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Permatang Pauh telah mengajurkan program Seminar Cinta Negara Ibu Tunggal Suri Masyarakat. Program berlangsung di Dewan Koperasi Guar Perahu, Permatang Pauh dan dihadiri lebih 200 orang peserta.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pulau Pinang. Menurut beliau, pemahaman cinta negara perlu diterapkan kepada anak-anak kita. Peranan ibu sangat memberikan kesan kepada anak kerana antara anak dengan ibu dan bapa, anak lebih rapat kepada ibu. Peranan ibu yang penuh kasih sayang mampu mengubah keputusan anak.

Program ini memberi ruang dan peluang kepada mereka yang hadir menceburkan diri dalam program kemasyarakatan.

BERITA / FOTO Oleh: Nooraziah Padin

 

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pulau Pinang.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top