Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BALIK PULAU, 15 Apr. – Khidmat Pegawai, Kakitangan dan Tenaga Penggerak Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri yang lebih santai, layanan mesra kakitangan serta modul yang lebih sesuai memberikan persepsi yang lebih menarik peserta terhadap program anjuran BTN. Melalui pendekatan yang amat berbeza ini, rata-rata peserta sangat berpuas-hati dengan program anjuran BTN dan mahukan agar pendekatan ini diteruskan dan ditambah baik lagi.

Melalui Program Latihan Transformasi Negara EXIM Bank pada 13 hingga 15 April yang lalu, ia telah memberikan impak yang sangat positif dimana seramai 38 orang peserta program telah melalui pelbagai pengisian modul yang membantu mereka dalam kehidupan seharian. Perlembagaan Persekutuan diperjelaskan dengan teknik yang mudah difahami dan sangat menarik walaupun rata-rata tahu ianya sesuatu yang kurang diberi perhatian.

Program dibawah kendalian Encik Haslizar Rozally, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Birokrat dan Korporat BTN ini telah berlangsung di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang turut membawa pengisian sesi riadah pantai, tazkirah, wacana minda serta sesi latihan dalam kumpulan.

BERITA / FOTO Oleh: Shahril Effendy Zorkeply

 

Program kendalian oleh Encik Haslizar Rozally, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Birokrat dan Korporat Biro Tatanegara, Jab. Perdana Menteri.

 

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top