Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SEBERANG PERAI, 4 April– Selesai sudah Seminar Cinta Negara bagi Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang yang dilaksanakan pada 4 April 2017 (Selasa) bertempat di Dewan Bunga Raya, Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara. Program ini dikendalikan oleh Encik Fahmi bin Mohammed Yusof, Penolong Pengarah Bahagian Birokrat dan Korporat, BTN Putrajaya. Peserta seramai 99 orang terdiri daripada Penjawat Awam Persekutuan Seberang Perai Utara bagi Negeri Pulau Pinang telah hadir pada program ini.

Program ini memberikan penjelasan mengenai kefahaman penjawat awam kepada dasar-dasar Negara, penjelasan kepada isu-isu Negara dan keselamatan Negara. Penceramah jemputan bagi mengisi Wacana Minda 1 telah disampaikan oleh Encik Mohd Hassan bin Mohamed Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan BTN dengan tajuk “Isu Semasa”. Manakala Wacana Minda kedua disampaikan oleh DSP Zulkarnain bin Awan, Pegawai Turus E8, Cawangan Khas, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan tajuk “Keselamatan Dalam Negara”.

 

FOTO oleh: Fahmi Mohammed Yusof

Sebahagian daripada peserta program menonton video berkaitan ancaman keselamatan yang dikongsikan oleh penceramah jemputan.

 

Dari kiri, Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, Pemangku Pengarah  BTN Pulau Pinang dan Pengarah KEMAS Pulau Pinang.

 

Perkongsian maklumat seperti ini amat diperlukan agar Negara Malaysia ini sentiasa dalam keadaan selamat, aman dan makmur terpelihara.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top