Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PULAU PINANG, 13 April– Peluang yang ada benar-benar digunakan oleh warga pendidik di Negeri Pulau Pinang apabila mereka berpeluang bersama dengan Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam sesi Wacana Intelektual, Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tatanegara (BTN). Program diselaraskan oleh Encik Mohd Firdani Kamarudin itu berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Seramai 480 orang guru-guru seluruh Negeri Pulau Pinang hadir pada program berkenaan.

Menurut beliau, YB Menteri meluangkan masa lebih kurang hampir dua jam bersama mereka dalam diskusi tersebut dan menjawab sebarang pesoalan daripada warga pendidik. Forum dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, Encik Mohd Hasan Mohamed. Hadir sama pada program berkenaan Tan Sri Khair Mohamad Yusof (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia), Tuan Shaari Osman (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang), Tuan Mohd Jamil Mohamed (Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang) dan En. Azral Nizam Samsudin (Pemangku Pengarah BTN Pulau Pinang).

 

FOTO oleh: Mohd Firdani Kamarudin

Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam sesi Wacana Intelektual, anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

 

Program dimoderatorkan oleh Pengarah Bahagian Penjana Modal Insan, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

 

Sebahagian daripada warga pendidik Negeri Pulau Pinang yang hadir dalam program berkenaan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top