Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BALIK PULAI, 23 April– Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perak telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Pegawai Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Kem Bina Negara Balik Pulau pada 21 hingga 23 April yang lalu. Dalam program berkenaan, seramai 76 orang pegawai dari gred 29 hingga 48 telah hadir dibawah kendalian Mohd Ashraf Mohd Sani, Penolong Pengarah BTN Negeri Perak. Program telah dirasmikan oleh Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Perak.

Menurut penyelaras program, program ini adalah hasil perbincangan mesyuarat yang lalu maka terlaksanalah program ini bagi memantapkan semangat patriotisme dan cintakan negara. Dalam program ini, peserta berjaya menyemai sikap pengalaman nilai-nilai murni sebagai penjawat awam serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan bagi memacu kejayaan mencadikan Majlis Perbandaran Manjung lebih cemerlang pada masa akan datang.

Menurut beliau lagi, sepanjang program berlangsung, peserta program telah melalui beberapa sesi yang disusun khas untuk mereka. Antaranya adalah sesi Wacana Minda yang memfokuskan kepada “Perlembagaan Persekutuan”. Sesi kuliah maghrib dan subuh telah memetik tajuk “Kepentingan Menetapkan Niat”, Ancaman Terhadap beragama (ISLAM)” serta “Ancaman Syiah”. Mereka turut mengikuti beberapa sesi PKPK berteraskan nilai dan kepimpinan, penyelesaian masalah dan transformasi minda. Turut diikuti peserta program adalah sesi riadah pagi dan petang.

 

FOTO Oleh: Mohd Ashraf Mohd Sani

Penyelaras Program (kiri), Penolong Pengarah Kanan BTN Perak bergambar kenangan bersama sama peserta program di KBN Balik Pulau.

 

Peserta program bergambar kenangan bersama-sama barisan fasilitator serta urus setia program di Dataran Kem Bina Negara Balik Pulau.

 

Antara cabara yang dilalui oleh peserta program sepanjang program berlangsung di KBN Balik Pulau, Pulau Pinang.

 

Peserta program melakukan akitivi Smart Turnel yang mana modul ini berasaskan terowong bawah tanah dalam perang Amerika Syarikat dan Vietnam.

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top