Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

BAYAN LEPAS, 06 Mei– Seramai lebih 320 orang penduduk sekitar meliputi penggerak masyarakat dan belia Balik Pulau telah menyertai program khas “JOM CARI SIPUT” anjuran Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pulau Pinang. Program yang berlangsung di Kampung Gertak Sanggul, Bayan Lepas itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau iaitu YB. Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya. Hadir sama pada program berkenaan adalah YBhg. Tuan Azral Nizam Samsudin, Pemangku Pengarah BTN Negeri Pulau Pinang merangkap penyelaras program. Program ini berjaya merapatkan ukhwah antara penduduk sekitar serta mendidik masyarakat menjaga alam sekitar serta menghargai sumber alam. Peserta program amat menyambut baik program berkenaan dan berharap agar dapat menyertai program seperti ini pada masa akan datang.

 

FOTO Oleh: Azral Nizam Samsudin

Program telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau iaitu YB. Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya dan isteri.

 

Peserta program memenuhi Pantai Kg. Gertak Sanggul dalam program khas "Jom Cari Siput". 

 

YBhg. Tuan Azral Nizam Samsudin menunjukkan tanda "Bagus" kepada pemenang pada program berkenaan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top