Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KULIM, 13 Julai –Sesebuah jabatan itu mantap bukan diukur melalui kecemerlangannya, tetapi kerjasama antara kakitangan dan kefahaman mereka mengenai tanggungjawab yang mereka galas menghasilkan kecemerlangan. Bagi merealisasikannya, Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Biro Tatanegara Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program Latihan Transformasi Negara kakitangan hospital berkenaan di Kem Bina Negara Kulim pada 11 hingga 13 Julai 2017. Seramai 87 orang peserta terlibat yang terdiri daripada 28 orang lelaki dan 59 orang wanita. Pada program berkenaan, Pengarah Hospital Pulau Pinang iaitu Datuk Dr. Norshida Ismail telah hadir menyampaian ceramah dan perkongsian kepada peserta program. Turut sama menyampaikan perkonsian adalah Cik Nooraziah Mohd Fadzil, Penolong Pengarah BTN Negeri Pulau Pinang dengan tajuk ‘Negara Bernama Malaysia”.

 

FOTO Oleh: Khairuddin Mohamad

Datuk Dr. Norshidah Ismail, Pengarah Hospital Pulau Pinang menyampaikan perkongsian beliau bersama-sama dengan peserta program.

 

Penyelaras Program bersama-sama dengan Pengarah Hospital Pulau Pinang di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Kulim, Kedah.

 

Turut sama menyampaikan perkonsian adalah Cik Nooraziah Mohd Fadzil, Penolong Pengarah BTN Negeri Pulau Pinang.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top