Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PERAI, 20 Julai –Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ke-23 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Ke-35 di Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang. Biro Tatanegara diketuai oleh Ketua Pengarahnya iaitu YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad serta barisan pegawai yang lain. Konvensyen ini berlangsung dari 17 hingga 20 Julai 2017. YBhg. Datuk turut sama membentangkan kertas kerja dan perkongsian beliau pada konvensyen tiga hari tersebut yang berakhir pada hari ini. Program ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan dalam melaksanakan Transformasi Nasional 2050 melalui sistem pendidikan negara. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

 

FOTO Oleh: Fatty Azura Md Yunus

Ketua Pengarah BTN dan barisan ketua jabatan menyambut kehadiran Menteri Pendidikan Malaysia. 

 

Barisan Pegawai Pendidikan dan Ketua Pengarah BTN bergambar bersama sama dengan Menteri Pendidikan Malaysia di lobi hotel.

 

Sahabat BTN yang terdiri daripada warga mendidik bergambar bersama sama Ketua Pengarah BTN.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top