Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KAKI BUKIT, 05 Ogos – Sebelum menghadapi alam pekerjaan sebenar dan sesi Latihan Industri (LI), seramai lebih 90 orang Mahasiswa Politeknik Metro Tasek Gelugor, Pulau Pinang hadir mengikuti program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Program dikendalikan oleh Encik Khairul Fadzreen Khairruddin, Penolong Pengarah BTN Negeri Pulau Pinang ini berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos 2017 disertai oleh mahasiswa semester 3 dan 5 yang akan melalui LI pada tahun ini. Pembinaan jati diri dan motivasi diterapkan dalam diri mereka selain aspek knegaraan dan semangat kerja berpasukan serta menghormati terhadap semua pekara. Sesi Wacana Minda dan sesi PKPK telah diikuti dengan jayanya oleh peserta program.

FOTO Oleh: Khairul Fadzreen Khairruddin

Sesi latihan fizikal peserta program bersama-sama dengan barisan Jurulatih Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis.

 

Sesi ice breaking berupaya menjalin eratkan kerjasama dan hubungan antara pseserta program BTN.

 

Bagi membentuk nilai peribadi peserta, sesi Latihan Dalam Kumpulan berupaya membantu mereka untuk lebih berjaya. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top