Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BALIK PULAU, 09 Ogos –Seramai 82 orang kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang telah menghadiri program Latihan Transformasi Negara bertempat di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang. Program diselaraskan oleh Kapt. (B) Khairuddin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan BTN Pulau Pinang ini berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos 2017 dan dirasmikan oleh YBhg. ACP Zailan Tasir, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pulau Pinang. Hadir sama pada program berkenaan adalah ASP Dalbir Singh a/l Jagir Singh, Pegawai Turus Latihan IPK Pulau Pinang. Peserta program telah mengikuti perlabai aktiviti sepanjang program ini berlangsung meliputi jati diri, tanggungjawab mempertahankan negara dan memahami peranan jabatan mereka kepada kestabilan dan keselamatan negara ini.

FOTO Oleh: Kept. (B) Khairuddin Mohamad

YBhg. ACP Zailan Tasir, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pulau Pinang bergambar bersama-sama peserta dan urus setia program.

 

Pendaftaran peserta program pada hari pertama di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang. 

 

Sesi ice breaking peserta program di Dewan Putra 1Malaysia bersama-sama fasilitator jemputan. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top