Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

KEPALA BATAS, 24 Ogos – Dalam menyelami jiwa dan meningkatkan semangat patriotik, ianya tidak mengenal gred jawatan seseorang kerana semua pihak harus memainkan peranan dalam penerapan nilai patriotik. Setiap entiti dalam negara ini mempunyai peranan masing-masing dan tanggungjawab mereka amat penting dalam mencorak masa depan negara. Hal ini diterapkan dalam program Seminar Cinta Negara bersama-sama Pembantu Tadbir Pendididkan Pulau Pinang (KEPTAN) yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang. Seramai 100 orang peserta hadir membincangkan isu patriotisme dan Transformasi Nasional 2050 yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada awal tahun ini.

FOTO Oleh: Nooraziah Padin

Sebahagian daripada peserta program yang hadir ke Seminar Cinta Negara anjuran Biro Tatanegara Negeri Pulau Pinang.

 

Interaksi dua hala antara penceramah dan peserta program adalah kaedah terbaik dalam memberikan penjelasan mengenai TN50.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8872 4600/03-8872 4624
F 03-8888 3458
E upai at btn.gov.my 

Go to top