Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

KUALA KANGSAR, 10 Ogos –Seramai 69 kakitangan Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia (USM) telah bekerjasama dengan pihak Biro Tatanegara (BTN) Negeri Pulau Pinang dalam menganjurkan program Latihan Transformasi Negara Birokrat di Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar. Program diselaraskan oleh Kept. (B) Khairuddin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan BTN Negeri Pulau Pinang ini berlangsung pada 8 hingga 10 September 2017 dan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Mohd Nor Suhaili Bin Jamali, Pengarah BTN Negeri Pulau Pinang. program ini telah memberi penerangan jelas kepada penjawat awam berkaitan dasar yang dilaksanakan kerajaan pada hari ini serta membina hubungan antara golongan pelaksana dan pembuat dasar serta mengeratkan hubungan antara kakitangan USM.

FOTO Oleh: Khairuddin Mohamad

Tanggungjawab yang digalas bukan hanya meliputi tugasan harian, tugas menjaga kakitangan adalah tanggungjawab bersama.

 

Bagi memberkati setiap daripada akitiviti yang dilakukan, bacaan doa akan dimulakan pada setiap awal pagi.

Nilai semangat kerja berpasukan melibatkan semua pihak samada dalam tugasan seharian dipejabat mahupun di rumah.

 

Pengarah BTN Negeri Pulau Pinang dan barisan urus setia bergambar kenangan di Dewan Putra 1Malaysia, KBN Ulu Kenas, Perak.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top