Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

BALIK PULAU, 15 Okt. – Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis telah mengikuti program Latihan Transformasi Negara di Kem Bina Negara Balik Pulau pada 13 hingga 15 Oktober 2017 disertai seramai 79 orang peserta. Program dibawah kendalian YBrs. Encik Jasmi Jasa, Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Negeri Perlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Zaiton Mohd Nor, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Perlis. Dalam ucapan perasmian, beliau merasakan bahawa guru memiliki nilai murni yang sangat tinggi sehingga menjadi contoh terbaik kepada anak murid dan ibu bapa. Maka dengan sebab itu, beliau sangat berterima kasih kepada pihak BTN kerana dapat membentuk nilai kenegaraan dan patriotisme berteraskan perlembagaan persekutuan sebagai nilai tambah ilmu baik kepada peserta program pada kali ini. Hasrat murni ini perlu diteruskan agar ianya segar dalam setiap warganegara Malaysia terutama golongan pendidik.

FOTO Oleh: Jasmi Jasa

Latihan fizikal menguji tahap kemampuan peserta dalam kerja berpasukan di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang.

 

Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam sesi wacana minda bersama-sama peserta program.

 

Penyelaras Program bergambar bersama-sama dengan peserta program di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang.

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top