Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 

PUTRAJAYA, 17 Apr. - Jurnal Biro Tatanegara (BTN) Jabatan Perdana Menteri dilancarkan pada hari ini oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017, Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis ringkas pelancaran disaksikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Saad, Ketua Pengarah BTN dan YBrs. Encik Khalid Mohammed Yusof, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, BTN. Turut hadir sama Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Dato' Dr. Mazlan Yusuff, Ketua Pengarah MAMPU, Ketua - ketua jabatan serta pegawai kerajaan.

Jurnal BTN "Aksara Patriotik" merupakan himpunan karya penulisan pegawai-pegawai BTN bertemakan patriotisme dan kenegaraan namun setiap penulis bebas menghasilkan penulisan dalam pelbagai skop mengikut disiplin ilmu, pengalaman dan kemahiran masing - masing samada dari skop ekonomi, sosial, politik, budaya, sastera, sejarah, agama dan lain - lain tetapi dalam konteks patriotisme dan kenegaraan.  Ianya diterbitkan secara bersiri mengikut tahun keluaran sebagai kaedah melatih dan memdidik, kebebasan berkarya melalui ilmu dan kepakaran masing-masing kepada pegawai dan kakitangan BTN. 

Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan diberi tanggungjawab melatih dan menghasilkan bahan kajian dan ilmiah kepada umum agar maklumat terbaru berkaitan isu patriotisme dan kenegaraan yang dibincangkan secara ilmiah dan akademik disebarluaskan untuk sama mendidik rakyat negara ini. Segala maklumat terkini turut boleh dilayari di laman sesawang BTN www.btn.gov.my. Pihak Pengurusan BTN mengucapkan setinggi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang meluangkan masa melancarkan Jurnal BTN ini dan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir.

BERITA / FOTO Oleh: Rosyaril Izlan Ismail / Lukman Amran

 

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara menandatangani kit pelancaran Jurnal Aksara Patriotik di ruang legar PICC, Putrajaya.

 

Jurnal Biro Tatanegara ini akan dikeluarkan secara bersiri setiap tahun hasil karya daripada kakitangan dan pegawai BTN sendiri. 

 

Barisan VVIP yang hadir mempamerkan Jurnal Biro Tatanegara Aksara Patriotik selepas pelancaran oleh Tan Sri KSN di PICC semalam. 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top