Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PUTRAJAYA, 17 Apr. – Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Hadir sama pada majlis berkenaan adalah YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, serta ketua-ketua pengarah agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengatakan “kita (penjawat awam) tidak harus lupa kepada ikrar dan janji dalam memartabatkan penyampaian dan imej perkhidmatan awam,” katanya. APC, Jabatan Perdana Menteri merupakan acara tahunan semua agensi kerajaan sebagai menghargai kerja dan tanggungjawab mereka yang menyumbang bakti dengan cemerlang setiap tahun.

Katanya lagi, “kita akan berhadapan dengan pilihan raya pada 9 Mei ini. Dalam hal ini, saya sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan saudara saudari dalam melaksanakan amanah dan hak kita dengan penuh tanggungjawab dan bukan secara emosi,”.

Seramai 1,812 kakitangan Jabatan Perdana Menteri daripada 79 jabatan, agensi dan bahagian menerima APC JPM 2017. Pihak pengurusan tertinggi BTN turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Biro Tatanegara (BTN) yang menerima anugerah ini dan mengharapkan agar ianya menjadi pendorong kepada mereka dan kakitangan yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

BERITA / FOTO Oleh : Lukman Amran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 30 Ogos 2018

 

Go to top