Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

PUTRAJAYA, 20 Apr. – Selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, “(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukan melalui undang-undang oleh Parlimen”, maka Bahagian Khidmat Pengurusan Biro Tatanegara (BTN) mengambil inisiatif kerjasama dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Unit Kawal Selia FELDA serta Musolla Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan program Wacana Bahasa : Bahasa Dalam Dokumen Rasmi di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Program tersebut telah menarik kehadiran peserta seramai 65 orang menjemput YBrs. Encik Saifullizan Yahaya, selaku Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur untuk memberikan taklimat dan perkongsian beliau. Program berkenaan telah memberi latihan kepada peserta berkaitan pengguna bahasa kebangsaan baku dengan baik dan tepat mengikut ejaan dan tatabahasa yang sebenar. Ia lebih mengutamakan kesantunan berbahasa dan penggunaan penanda wacana yang sesuai dengan isi kandungan penulisan.

Program berkenaan turut melatih peserta program dalam memastikan kaedah penulisan mengikut garis panduan dan tatabahasa yang betul bagi penulisan dokumen rasmi kerajaan serta menggunakan laras bahasa surat rasmi atau format dengan tepat. Kaedah pelaksanaan program kebanyakkannya meliputi teori dan sesi soal jawab. Hadir merasmikan program berkenaan adalah YBrs. Encik Abdul Hakim Abdul Rauf, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik BTN. Manakala perasmian penutup program telah dilaksanakan oleh YBhg. Ustaz Majdi Mohamad Nor, Setiausaha Musolla, Jabatan Perdana Menteri.

BERITA / FOTO Oleh: Muhammad Elyas Sulaiman

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 18  Mei 2018

 

Go to top