Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

PUTRAJAYA, 30 Mei – Biro Tatanegara (BTN) sebuah agensi yang ditubuhkan pada asasnya bermula sejak tahun 1971 sedang dikaji semula melalui pengumuman oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Beliau menjawab pertanyaan wartawan yang hadir pada sesi sidang media berkenaan. Sebelum ini ura-ura mengatakan bahawa BTN merupakan salah satu agensi yang akan dimansuhkan melalui manifesto Pakatan Harapan ketika Pilihanraya Umum Ke-14 apabila membentuk kerajaan.

Umum mengetahui bahawa BTN merupakan agensi yang pada peringkat awal diletakkan dibawah Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Belia dan Sukan dan pada tahun 1981, agensi ini diletakkan secara terus dibawah Jabatan Perdana Menteri. Fungsi dan peranan BTN tidak disangkal lagi dimana matlamat dan dasar kerajaan semasa yang memerintah sentiasa digalas dengan penuh tanggungjawab supaya nilai-nilai murni serta semangat sayangkan negara atau patriotik terus kekal subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Empat peranan utama BTN iaitu menanamkan semangat patriotik, menerangkan dasar-dasar kerajaan, kefahaman terhadap isu-isu semasa serta penerapan nilai-nilai murni sentiasa menjadi pendorong kepada agensi ini untuk terus kekal relevan berteraskan Perlembagaan Persekutuan. BTN juga merupakan satu-satunya agensi di dalam kerajaan sebagai pelopor malah ‘Peneraju Patriotisme Negara’ yang terus komited menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Sejak ditubuhkan, BTN telah melalui pelbagai perubahan sama ada dari segi tadbir urus agensi, modul latihan serta pembaharuan demi pembaharuan selari dengan situasi semasa dalam dan luar negara. Dari sekecil agensi, kini BTN mempunyai 14 cawangan di setiap negeri, 17 pusat latihan di seluruh negara serta sebuah Akademi Kenegaraan yang berperanan besar dalam melatih serta mendidik pemahaman rakyat Malaysia setia kepada kerajaan yang memerintah berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

 

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri serta barisan ahli kabinet yang lain. 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Tarikh Kemaskini : 20 Ogos 2018

 

Go to top