Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PUTRAJAYA, 13 Julai – Seramai 138 orang veteran Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Hulu Terengganu telah melakukan lawatan ke Putrajaya dan dimantapkan pengetahuan mereka melalui program Seminar Cinta Negara anjuran Bahagian Pemimpin Masyarakat, Biro Tatanegara Putarajaya. Program telah berlangsung di Auditorium Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Menurut penyelaras program iaitu Encik Mohd Shafei Yaakob, mereka telah berkongsi maklumat mengenai isu semasa negara, dasar kerajaan sediada serta diberikan penerangan jelas berkaitan isu yang timbul. Peserta program mengharapkan agar program dan siri penerangan seperti ini dilakukan sekerap mungkin supaya rakyat jelas mengenai isu yang berlaku.

 

 

FOTO Oleh: Mohd Shafei Yaakob

Peserta Program bergambar beramai-ramai bersama penyelaras program di Dewan Auditorium Kompleks JPM, Putrajaya.

 

Sebahagian daripada Veteran TTB Hulu Terengganu mendengar taklimat daripada penyelaras program di Auditorium Kompleks JPM.

 

 

Biro Tatanegara
Jabatan Perdana Menteri
Aras 1, Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
T 03–8000 8000 : F 03-8888 3458 : E upai at btn.gov.my 

Go to top